Entahlah, betul-betul tak faham langsung dengan gelagat manusia ni.
ramai yang tak ikhlas dalam membantu seseorang, biarpun keluarga terdekat atau rakan taulan.
mana taknya bila kita nak buat liputan, pelbagai cerita kita dengar daripada mulutnya. taknaklah. itulah inilah.
tapi, bila kisah dah tersebar dan mula diberi perhatian, tak kisah dan tak segan pula nak keluar kat media.
simpati sungguh pada orang macam ni. mudah-mudahan dia menunaikan janjinya dan tidak menggunakan orang untuk kesenangan diri sendiri.
ikhlas... apa sebenarnya maksud ikhlas?
Monday, March 14, 2011
Tuesday, March 1, 2011
ya Allah, aku redha...
ya Allah, aku redha...
mohammad hakimi hakim, tidak lagi mampu senyum. dia dan ibunya, norma mahmood menghidap neuro fibro mutosis.
hakimi |
sepatutnya ketumbuhan di belakang norma dibuang beberapa tahun lalu, tetapi, norma menangguhkan pembedahan kerana tidak mampu dan wang yang ada digunakan untuk perbelanjaan rawatan hakimi.
hakimi dan ibu |
ketumbuhan paling besar di belakang norma |
hakimi teringin berkawan dengan teman seusianya, tetapi, apakan daya, tiada siapa yang sudi melawat dan bermain dengannya.
pelbagai pekerjaan pernah dilakukan norma, bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. namun, akhir-akhir ini, hakimi memerlukan penjagaan rapi. sekali lagi norma pasrah.
parut bekas pembedahan |
anak ke 2 pula disah menghidap tumor otak. beberapa kali anak ke 2 pengsan akibat tidak tahan dengan kesakitan yang amat sangat. apakan daya, hanya ubat paracetamol dimakan bagi mengurangkan kesakitan, walau hakikatnya ia sikitpun tidak rasa lega. manakan tidak, bukan itu ubatnya.
rumah hakimi |
Bagaimanapun, mereka pasrah dengan ketentuan Allah. Untuk kisah lanjut, tonton Bersamamu, siaran 2 Mac 2011 pada pukul 2130 di tv3.
Jika ada yang ingin membantu:
akaun BSN GIRO - i
NORMA MAHMOOD
03-100-41-00020830-4
Subscribe to:
Posts (Atom)