Tuesday, November 9, 2010

letchumy & vasanthi

sudut rumah letchumy -

anak letchumy - sakit buah pinggang

rumah vasanthi tunggu masa untuk rebah ke bumi

depan rumah letchumy...bagai melekat di dinding kilang je

bahagian depan rumah vasanthi

anak-anak vasanthi



masuk berhati-hati ya kalau tak kaki terperosok kat dapur tu




inilah keadaan rumah letchumy dan vasanthi semasa bersamamu melakukan lawatan sebelum penggambaran.  memang kawasan kilang itu tidak sesuai untuk diduduki keluarga ini.  tambahan pulak bau busuk bagai air longkang sentiasa menusuk hidung. 

lori besar yang membawa papan sentiasa keluar masuk.  rumah letchumy yang bagai ditampal di dinding kilang, tidak langsung selamat untuk diduduki.  dia sentiasa terdedah kepada 'lelaki hidung belang'.  rumah vasanthi pula amat daif, bila-bila masa saja kaki boleh terjerlus di lantai kayu yang agak rapuh.

saya terkesima apabila melihatkan tiada makanan di dapur.  yang ada cuma sup sayur 'rasem' yang dibuat daripada sayuran yang dihancur.  anak kecil vasanthi yang baru berusia tujuh bulan pula diberi susu pekat manis dan bukannya susu tepung.  sebak hati saya melihatkan suasana di rumah tersebut.  anak-anak vasanthi tidak seperti kanak-kanak lain yang aktif bermain.  mereka melemparkan senyuman kepada saya apabila saya bertanyakan samada dah makan atau belum. rupa-rupanya mereka cuma makan tosai pada paginya.   pada hal waktu dah masuk 3 petang.

pening saya dengan suasana yang bising daripada kilang, lori keluar masuk.  mujurlah saya berjaya mendapatkan bantuan makanan dan barangan untuk mereka.  balik ke ofis je, saya terus senaraikan barangan untuk dibeli sempena deepavali. 

malangnya, saya tidak dapat menghadirkan diri untuk penggambaran kerana perlu menyelesaikan beberapa tugas di pejabat.

namun saya gembira apabila wartawan bertugas memberitahu mereka amat gembira apabila dibelikan baju baru, makanan serta tilam bantal.

alhamdulillah, setakat ini ada beberapa pihak yang ingin membantu mereka.  moga mereka sekeluarga mendapat kehidupan yang lebih selesa.

2 comments:

  1. ish2....
    kesian betulkan family ni kan kak?
    saya ada tengok kat tv aritu..
    smg hidup mereka lbh mudah pasni..
    happy deepavali vasanthi n letchumi

    ReplyDelete
  2. bagus jugak ada blog bersamamu ni, at least pada yang tak berkesempatan nak tengok kat tv boleh tengok dalam blog nih (w/pun sekadar gambar tak bergerak). Selain tu, mungkin boleh juga letakkan alamat, no akaun mereka. Moga ada yang prihatin dan sudi membantu mereka. Sekadar cadangan

    ReplyDelete