Saturday, January 8, 2011

Bersyukurlah, Allah memberi apa yang kita perlu bukan yang kita mahu

minggu lepas, masuk satu sms daripada seorang ibu yang pernah bersamamu paparkan.  habis je ayat terakhir dibaca, fahamlah saya, si ibu meminta bantuan wang konon untuk keperluan anaknya yang kini belajar di sebuah pusat pengajian tinggi.

anaknya dapat belajar di pusat pengajian tu pun bersamamu uruskan.   sebelum tu, rumah pun dia dapat, pusat zakat yang beri. 

panggilan dibuat pertama kali menyatakan anaknya dapat masuk uitm tapi dia tak mampu nak bayar kos pengangkutan, yuran dan lain-lain.  jadi, bersamamupun uruskan permintaan supaya dimansuhkan yuran.

tapi yang kami agak kesal sms kali ke 2 yang menyatakan dia tidak mampu untuk menanggung kos anaknya belajar lagi kerana nak makan di rumahpun tak mampu.  duit zakat rm300 satu semester untuk anaknya belajar di uitm, didakwa tidak cukup untuk menampung kos anaknya makan dan membeli buku.

kami membalas dengan memberi maklumat, makan di dewan makan  uitm percuma, 3 kali sehari, buku tak perlu beli, boleh fotostat. anaknya tu bolehlah mohon pinjaman ptptn.

si ibu membalas lagi, duit zakat tak masuk-masuk lagi, macamana anaknya nak belajar?.  kami jawab, mungkin lambat sikit, kalau zakat dah janji, pasti ditunaikan.  lagipun tahun 2011 baru menjengah mungkin 'sistem down'.  sambung kami, "anak akak kira bertuah sebab ada lagi yang lebih susah.  tak boleh harapkan semua orang nak bagi bantuan, kena usahakan juga.  akak boleh tanyakan kepada zakat kenapa duit tak masuk.  sabar ye.  mungkin Allah beri apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. jadi, selain bantuan yang dah dapat tu, kena usaha sikit.  mungkin boleh mohon pinjaman ptptn."

dia membalas, "takpelah mungkin anak akak takde rezeki untuk sambung belajar, lagipun dia berpindah ke uitm melaka, banyak belanja."

mungkin marah, dia tidak membalas sms lagi, bila kami tanyakan nama penuh anaknya. 

bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan.  Allah tetap mengkabulkan doa kita.  Allah memberi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. 

tak bolehlah asyik nak mengharap bantuan.  kita beri jalan dan gunakan sebaik-baiknya. 

bagaimanapun, kami 'salute' pada keluarga di lembah subang.  biarpun susah mereka tetap berusaha.  bagi mereka pelajaran anak-anak penting.  hingga kini mereka masih mengutip barangan lusuh untuk dijual.  barang lusuh itulah duit.  mereka tidak mahu hidup susah lagi.  mereka mahukan anak-anak terus berjaya dan hidup lebih sempurna.

Allah beri akal untuk berfikir dan mencari jalan. Buatlah apa yang diperintah Allah dan jauhlah laranganNya.  Berusahalah, berdoa dan bertawakkal. 

Sabar dan ikhlas.  Insyallah Allah mendengar dan mengetahui segala rahsia alam.  Yakinlah.

1 comment: