Friday, January 28, 2011

menangguk di air keruh

'kak hajar, ada staf baru ke?" tanya kim, wartawan tv9 kepada saya. 
"setakat ni takde, kenapa?" tanya saya.
"tadi, kami ke hospital 'shooting' adik hairuman, ada sorang ni,  namanya L dia kata dia dari bersamamu."  terang kim.
"ha? L dari bersamamu? eh, setahu kak hajar dia dari pertubuhan b & p.u.  Ada dia ngaku dia wartawan ke?"
"abih tu kenapa bila en R kenalkan dia L dari bersamamu, dia tak nafikan?"

terkejut dengan berita yang baru didengar ni, terus saya menelefon L. L menafikan segala pertanyaan saya.

terimbas kembali, selepas saya ke rumah hairuman untuk tinjauan, 2 hari selepasnya, saya dapat panggilan daripada L yang mengaku dia orang datuk n.  kononnya datuk n nak derma kepada hairuman tapi, kalau boleh nak krew bersamamu buat liputan. 

"kenapa nak tunggu bersamamu? kalau nak bagi, bagi ajelah.  tak perlu tunggu kami.  lagipun kalau nak menderma, kita jarang nak buat liputan, kita bukan bahagian berita" terang saya.

beberapa hari berikutnya L menelefon saya.  Katanya adik hairuman nak bertemu artis a.  L mendakwa kononnya dia juga yang mengatur pertemuan hairuman dan a.  saya percayakan L. itu yang saya ingat dan banyak lagi dakwaannya.  masa itu, terfikir juga, kenapa L ni nak kaitkan dirinya dengan orang tu, orang ni? detik hati saya.

risau si L ni akan bertindak jauh, menggunakan nama bersamamu, saya terus menelefon en r dari b malaysia.

"en r kenal ke dengan L?" tanya saya.'
"ya, dia kan dari bersamamu." terang r.
"eh taklah, katanya dia dari b malaysia dan p.u. dia yang 'arrange' pertemuan a dan adik hairuman nantikan?"
"eh, saya yang buat semua tu." terang r kepada saya dengan nada kecewa.
setelah berbual beberapa lama, tahulah saya si L ni menangguk di air keruh.

hairuman
saya menggeleng kepala apabila r beritahu saya, si L ni dah 'arrange' penggambaran bersamamu di tarikh dan lokasi yang ditentukan.  satu penipuan!

yang paling melucukan, si L ni sanggup mengaku dia mencari tajaan aeon jusco untuk keluarga hairuman, padahal kami yang meminta aeon berbuat demikian.

pada masa itu, memang saya terasa marah sangat dengan perbuatan L.  tapi, buat apa saya bercakap dengan perempuan yang gila...gila glamor. 

banyak 'missed calls' no si L tertera di telefon bimbit saya.  malas saya nak layan orang macam ni.

lagi gempak, bila wartawan saya beritahu, si L dah menghebahkan kehadiran kami pada hari selasa baru-baru ini untuk penggambaran.  beberapa artis serta vip dan orang-orang tertentu akan datang.

saya amat kecewa kerana perancangan saya telah diganggu wanita gila....gila glamor. geram dengan tindakannya, saya membatalkan pemergian kami.

tengahari, waktu yang sepatutnya kami sibuk membuat rakaman si L menelefon wartawan saya, bertanyakan kenapa tidak kelihatan kelibat kami.  bila wartawan mengatakan kami membatalkan penggambaran, dia bertanya lagi kepada wartawan saya kenapa tidak memberitahunya.

amboi, dia tu siapa?  wartawan saya dengan selambanya berkata, penggambaran itu, tiada kena mengena dengan L jadi, tak perlu kami nak beritahunya.  kita lihat siapa yang kena.

keesokannya, saya ke rumah adik hairuman.  terkejut saya, dalam rumahnya dah kosong.  tiada lagi bilik.  tiada perabot. semuanya dibakar.

entah atas arahan siapa.

pakcik hairuman yang saya temui encik lan, bertanyakan bila kami nak menggantikan semua barangan yang dibakar? aduh. dah salah faham pula.  gara-gara perempuan gila...gila glamor yang datang entah dari mana, kami pula terpaksa menanggung akibatnya.

dengan serius, saya memberitahu kepada pakcik hairuman, en lan, kami tidak bertanggungjawab menggantikan semua barangan yang dibakar.  lagipun bukan atas arahan bersamamu.

"tapi, saya diberitahu bersamamu akan bawa aeon jusco untuk hantar semua barangan yang dibakar".  terang en lan.

"eh, jangan salah faham.  aeon jusco tidak ada kena mengena dengan semua ni.  mereka datang bawa barangan pun atas permintaan saya, kerana mereka menaja program kami.  macam ni lah, minta saja pada orang yang pandai-pandai menyuruh membakar segala tilam, bantal, pakaian dan perabot tu"  jelas saya.

terdiam seketika pakcik lan.  pada masa yang sama, pakcik lan memberitahu saya, ramai yang menunggu kedatangan kami pada hari selasa baru-baru ini.  depan rumah penuh dengan orang ramai yang datang entah dari mana. di tepi jalan pula berpuluh-puluh kereta diparkir.  bagaikan pesta. siap dengan sajian makanan.

zikri menyelamatkan sahabatnya dengan membuat cpr
kesian betul saya dengan keluarga adik hairuman.  ada pihak yang tidak bertanggungjawab, pandai-pandai menggunakan status keadaannya untuk meraih 'glamour'.

tindakan saya membatalkan penggambaran adalah betul.  jika tidak satu apapun kami tak dapat nak rakam.  itu yang diterangkan pakcik lan.  katanya ramai betul orang, macam pesta. semuanya menunggu bersamamu. 

hai, perancangan saya diambil kesempatan oleh L!  geram memanglah saya geram. tapi, saya tak boleh lepaskan saat ini memandangkan nanti lain jadinya.


beberapa salah faham yang ditimbulkan wanita gila...gila glamor, saya leraikan dengan pakcik l. 

lokasi hairuman ditemui tidak sedar diri
tiba-tiba ada seorang penduduk kampung meminta saya uruskan untuk mendapat perabot dan segala barangan yang dibakar untuk diganti kepada keluarga tersebut.

saya menerangkan, disebabkan bukan kami yang menimbulkan kekeliruan tersebut, jadi, biarlah orang yang membuat keputusan membakar segala isi rumah itu yang menguruskan. lagipun agak sukar kami nak mencari penaja dalam masa terdekat.  bukan sikit barangan rumah yang nak diganti.  kalau dapat caripun nanti wanita gila...gila glamor menjaja cerita, dia yang carikan.

                                                
jurukamera berbincang shot terbaik


perancangan saya, akhirnya terpaksa ditukar 150% memandangkan, penggambaran kami telah diganggu gugat.

sama-sama kita doakan adik hairuman cepat sembuh.  moga dia tabah.

4 comments:

  1. Astagfirullahalazim. Kesian. Tak pasal-pasal keluarga Hairuman terima tempias. Inilah akibatnya bila ada orang yang membantu tapi tak ikhlas. Pulak tu, ambik kesempatan nak mengglamerkan diri jer. Memang betul2 menangguk di air yang keroh.

    Bersamamu TV3, keep up the good work!

    ReplyDelete
  2. thanks, baru-baru ni kami kena lagi, ada pihak tak puas hati kami tak 'highlight' pertolongan mereka kepada keluarga ini...

    ReplyDelete
  3. pertolongan pn nk kne highlight gempak2 smpai tak puas hati?
    mnusia jns ape cmtu?
    takpe Bersamamu,truskan usaha kalian mbantu glgn kurg bnasib baik.

    ReplyDelete
  4. ketabahan dan kesabaran krew Bersamamu amat dihargai, mudah2an segala pertolongan kpd yg memerlukan mendapat keredhaan Allah swt....

    ReplyDelete