Monday, March 14, 2011

dulu menolak dengan macam-macam alasan, tapi...

Entahlah, betul-betul tak faham langsung dengan gelagat manusia ni.

ramai yang tak ikhlas dalam membantu seseorang, biarpun keluarga terdekat atau rakan taulan.

mana taknya bila kita nak buat liputan, pelbagai cerita kita dengar daripada mulutnya.  taknaklah.  itulah inilah.

tapi, bila kisah dah tersebar dan mula diberi perhatian, tak kisah dan tak segan pula nak keluar kat media.

simpati sungguh pada orang macam ni.  mudah-mudahan dia menunaikan janjinya dan tidak menggunakan orang untuk kesenangan diri sendiri.

ikhlas... apa sebenarnya maksud ikhlas?

Tuesday, March 1, 2011

ya Allah, aku redha...

ya Allah, aku redha... 




hakimi
  
 mohammad hakimi hakim, tidak lagi mampu senyum. dia dan ibunya, norma mahmood menghidap neuro fibro mutosis.



sepatutnya ketumbuhan di belakang norma dibuang beberapa tahun lalu, tetapi, norma menangguhkan pembedahan kerana tidak mampu dan wang yang ada digunakan untuk perbelanjaan rawatan hakimi.
hakimi dan ibu


ketumbuhan paling besar di belakang norma

 hakimi teringin berkawan dengan teman seusianya, tetapi, apakan daya, tiada siapa yang sudi melawat dan bermain dengannya.
 

 pelbagai pekerjaan pernah dilakukan norma, bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.  namun, akhir-akhir ini,  hakimi memerlukan penjagaan rapi. sekali lagi norma pasrah.


parut bekas pembedahan

anak ke 2 pula disah menghidap tumor otak.  beberapa kali anak ke 2 pengsan akibat tidak tahan dengan kesakitan yang amat sangat.  apakan daya, hanya ubat paracetamol dimakan bagi mengurangkan kesakitan, walau hakikatnya ia sikitpun tidak rasa lega.  manakan tidak, bukan itu ubatnya.

rumah hakimi


Bagaimanapun, mereka pasrah dengan ketentuan Allah.  Untuk kisah lanjut, tonton Bersamamu, siaran 2 Mac 2011 pada pukul 2130 di tv3.

Jika ada yang ingin membantu:

akaun BSN GIRO - i
NORMA MAHMOOD
03-100-41-00020830-4



Friday, February 25, 2011

alhamdulillah, insyaallah..


alhamdulillah, akhirnya, tak pening kepala lagi.  semalam kami meninjau sebuah keluarga di kl.  sampai je kat lokasi, saya terkejut, sebab rumah pprt ni kebanyakannya dah terpelohong.

dah tu, yang menjadi kemusykilan, sebuah keluarga enam anak, tinggal di sebuah bilik seluas 5m x 5m yang disewa rm180 sebulan.  macaman rumah pprt sempit ni disempitkan lagi dengan dibina 8 bilik di dalammnya?  kebetulan di sini juga ada warga tua berusia lebih 70an tinggal menyewa rm100, mungkin sebesar bilik air rumah flat je.  pandai betul tuan rumah cari duit.



keadaan rumah yang akan diroboh bila-bila masa untuk pembangunan


kesian.  alhamdulillah jabatan pendaftaran negara akan membantu membuat kad pengenalan dan juga surat beranak kepada 4 anaknya, tetapi mereka perlu memastikan si ayah ni warga tempatan, memandangkan si ayah ada masalah pengenalan diri memandangkan katanya dari sabah.  tentunya perlu bukti.

isteri pula orang johor, cantik juga tapi tak sihat, ada darah tinggi.  suami oku.


di hadapan rumah subjek...dah terpelohong dah

mujur ada insan prihatin membantu seadanya,  tanpa pertalian darah, dia membantu makan  minum dan menghantar si isteri ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

insyaallah, ahad ni kami akan ke sana dengan baitulmal kl dan ppz...
isnin pula nak bawa keluarga ni ke rumah sinar salam, kalau tak, mereka sekeluarga merempatlah nampaknya...

harap-harap adalah orang yang dapat memberi kerja pada si suami.

Tuesday, February 22, 2011

penawar di sebalik badai

ahmad rohisham menanggung sengsara

renungan mata adik sham seperti ingin menyatakan sesuatu.   walaupun beberapa bulan telah berlalu, renungan dan keadaan fizikal sham tidak dapat dilupakan. 

tubuh yang sepatutnya membesar seperti kanak-kanak 11 tahun, terbantut.  bagi meneruskan hidup, sham bergantung kepada air garam kerana buah pinggang gagal berfungsi secara normal.



setiap kali mendengar suara rengekan sham, hati pasti tersentuh
kalau salah gerak, tulang sham akan patah.  bayangkang penderitaan ditanggung adik sham.


sham

saya amat kagum dengan semangat ibu sham.  tabah serta setia berada di sisi sham.  ibu mana tidak sayangkan anak?  hanya yang tidak menggunakan akal dan rendah akhlak sahaja yang sanggup membuang bayi mereka.

kasih sayang mengatasi segala-galanya.  hingga kini keluarga sham amat berharap akan ada penawar untuk penyakitnya.

renungan mata sham, menimbulkan rasa sebak di hati sesiapa sahaja. 

dalam hati timbul kata-kata, "kalaulah aku dapat menyembuhkan adik sham, alangkah bahagianya, kalaulah aku dapat mencari penawar untuk sham... "

saksikan bersamamu rabu 23 februari 2011 jam 2130.







Friday, February 18, 2011

niat ikhlas pasti Allah mudahkan, insyaallah

sejak mengendalikan program bersamamu, tidak dinafikan banyak kejadian berlaku. 

alhamdulillah, setiap 'masalah' Allah permudahkan dan berikan jalan penyelesaian.  antaranya, apabila kami ke lokasi untuk meninjau maklumat, mudah aje jalannya.

kadang-kadang walaupun pihak ketiga bertindak kasar, tak kiralah kasar bahasa atau tingkah laku, tapi, tidaklah berlarutan hingga menyusahkan kami.

yang penting, niat! 

macam-macam kerenah orang kami perlu hadapi, walau ada yang tak faham dengan prosedur dan tindakan yang perlu diambil.

beberapa tahun lalu, dia dikatakan dapat hidup hanya beberapa bulan sahaja


kadang-kadang, ada yang telefon minta duit 'on the spot!'.

ada juga yang datang terus minta duit.  ini lagi parah.

bila sampai lokasi, pemberi maklumat tak angkat telefon.

beria-ia pemberi maklumat telefon minta kita datang segera, tapi, bila dah sampai kat lokasi, laaaa.... kami tidak dibenarkan memasuki kampung tersebut dengan alasan 'mereka' dah selesaikan masalah keluarga itu.

ada juga bagi maklumat tak lengkap, 'last-last' tak dapat ditolong.

ada yang 'expect' hari ni bagitau, esok datang.  walaupun kita pernah beritahu, insyaallah bila sampai giliran kita akan telefon dan datang.
sejak mengendalikan program bersamamu, tidak dinafikan banyak kejadian berlaku. 

alhamdulillah, setiap 'masalah' Allah permudahkan dan berikan jalan penyelesaian.  antaranya, apabila kami ke lokasi untuk meninjau maklumat, mudah aje jalannya.

kadang-kadang walaupun pihak ketiga bertindak kasar, tak kiralah kasar bahasa atau tingkah laku, tapi, tidaklah berlarutan hingga menyusahkan kami.

yang penting, niat! 

macam-macam kerenah orang kami perlu hadapi, walau ada yang tak faham dengan prosedur dan tindakan yang perlu diambil.

kadang-kadang, ada yang telefon minta duit 'on the spot!'.

ada juga yang datang terus minta duit.  ini lagi parah.

bila sampai lokasi, pemberi maklumat tak angkat telefon.

beria-ia pemberi maklumat telefon minta kita datang segera, tapi, bila dah sampai kat lokasi, laaaa.... kami tidak dibenarkan memasuki kampung tersebut dengan alasan 'mereka' dah selesaikan masalah keluarga itu.

ada juga bagi maklumat tak lengkap, 'last-last' tak dapat ditolong.

ada yang 'expect' hari ni bagitau, esok datang.  walaupun kita pernah beritahu, insyaallah bila sampai giliran kita akan telefon dan datang.

tup-tup dimarah kita balik, katanya kita pandai menabur janji manis, patutnya tindakan perlu disegerakan. kalau tak boleh tolong, jangan janji.  eh... ke situ pulak. 

suami isteri melangkah kepada hidup lebih baik dan berpindah dari teratak usang ini ke meru

paling 'best' spekulasi menyakitkan hati.  tapi, sabar.  nak tergelak pulak, bila 'dia' pandai-pandai nak menunjuk kita pula.  katanya, kalau dia, dia tak akan buat kerja bodoh macam kami buat, nak tinjau kena tunggu 2-3 kes baru nak ke tempat dia.  katanya, kalau dia penerbit, dia akan datang segera keesokkannya, bukannya masalah besar. 

kalau perjalanan sejam oklah... kalau dah 7 jam? itu pergi sahaja tau... kena pulak kalau kes dia bagi tak sesuai macamana?  lagipun bila kita tanya beberapa soalan seperti, siapa nama insan itu, anak berapa, kerja apa? pendapatan berapa? boleh dapatkan nombor telefon ibu tunggal tu?  laa... tanya soalan macam tu pun dah kena tengking, dah kena marah dengan dia.  ishh...macamana tu? 

katanya pulak, "kalau saya bagi tau semua, baik saya jadi wartawan... awak kenala datang sendiri".  

"mana saya ada masa nak tahu semua tu, ini pun saya bagi tahu ada orang susah pun dah bagus dah..."

"you all ni kan,  banyak soal, kerjanya tidak" dan macam-macam lagi perkataan indah...

akhirnya dia nak juga kami datang jumpa dia, baru dia boleh bagi maklumat, tapi, maklumat tak cukup, kena pulak perkataannya amat menghiris... ish.. kesiannnnn...


kalau kerja kami setakat nak tinjau kes sahaja oklah.  tapi, ada dia tahu tugas kami di sini macamana? banyak peringkat perlu ditangani, banyak kerja-kerja penerbitan dilakukan, dari menghubungi beberapa pihak, dari menjadualkan penggambaran, kisah nak paparkan macamana, penyuntingan, skrip hinggalah disiarkan...

ishh...kesiaann...

setiap perkara baik banyak dugaannya, setiap sesuatu berlaku ada hikmahnya...

sabar separuh daripada iman, kalau sabar,sabar, dah 1 iman, kalau sabar, sabar, sabar, dah 1 1/2 iman.. hehehe...

alhamdulillah...ya Allah permudahkanlah tugas kami.  lindungilah kami daripada sesuatu yang buruk, bimbinglah kami ke jalan yang lurus dan benar...

bantulah kami membantu yang memerlukan.


tup-tup dimarah kita balik, katanya kita pandai menabur janji manis, patutnya tindakan perlu disegerakan. kalau tak boleh tolong, jangan janji.  eh... ke situ pulak. 

paling 'best' spekulasi menyakitkan hati.  tapi, sabar.  nak tergelak pulak, bila 'dia' pandai-pandai nak menunjuk kita pula.  katanya, kalau dia, dia tak akan buat kerja bodoh macam kami buat, nak tinjau kena tunggu 2-3 kes baru nak ke tempat dia.  katanya, kalau dia penerbit, dia akan datang segera keesokkannya, bukannya masalah besar. 

kalau perjalanan sejam oklah... kalau dah 7 jam? itu pergi sahaja tau... kena pulak kalau kes dia bagi tak sesuai macamana?  lagipun bila kita tanya beberapa soalan seperti, siapa nama insan itu, anak berapa, kerja apa? pendapatan berapa? boleh dapatkan nombor telefon ibu tunggal tu?  laa... tanya soalan macam tu pun dah kena tengking, dah kena marah dengan dia.  ishh...macamana tu? 

katanya pulak, "kalau saya bagi tau semua, baik saya jadi wartawan... awak kenala datang sendiri".  

"mana saya ada masa nak tahu semua tu, ini pun saya bagi tahu ada orang susah pun dah bagus dah..."

"you all ni kan,  banyak soal, kerjanya tidak" dan macam-macam lagi perkataan indah...

akhirnya dia nak juga kami datang jumpa dia, baru dia boleh bagi maklumat, tapi, maklumat tak cukup, kena pulak perkataannya amat menghiris... ish.. kesiannnnn...


kalau kerja kami setakat nak tinjau kes sahaja oklah.  tapi, ada dia tahu tugas kami di sini macamana? banyak peringkat perlu ditangani, banyak kerja-kerja penerbitan dilakukan, dari menghubungi beberapa pihak, dari menjadualkan penggambaran, kisah nak paparkan macamana, penyuntingan, skrip hinggalah disiarkan...

ishh...kesiaann...

setiap perkara baik banyak dugaannya, setiap sesuatu berlaku ada hikmahnya...

sabar separuh daripada iman, kalau sabar,sabar, dah 1 iman, kalau sabar, sabar, sabar, dah 1 1/2 iman.. hehehe...

alhamdulillah...ya Allah permudahkanlah tugas kami.  lindungilah kami daripada sesuatu yang buruk, bimbinglah kami ke jalan yang lurus dan benar...

bantulah kami membantu yang memerlukan.

Friday, February 11, 2011

nak bantu apa yang patut...

agak lama juga kami tak bersama dengan beberapa institusi pengajian tinggi serta badan-badan korporat yang turut serta semasa penggambaran.

sejak perubahan editorial dilakukan, kami amat berhati-hati untuk menampilkan kelainan kepada setiap episod bersamamu.

ramai yang menghubungi kami untuk turut serta membantu.  bila ditanya membantu macamana? membantu gotong royong.  bila kami kata gotong royong tidak membawa perubahan besar kepada keluarga, ada pula yang mecelah nak memberi sumbangan wang.  bila ditanya banyak mana?  tidaklah sebanyak mana, tapi, untuk yang memerlukan cukup bermakna.

bukan berniat untuk tidak prihatin dan beradab atas permintaan.  tapi, demi tidak mahu setiap episod menghasilkan klise yang sama.

jenuh juga setiap pemanggil meminta idea dan pandangan.  bila kami menyuruh mereka beri idea, akhirnya kami juga yang perlu mencadangkan idea kepada mereka.

tapi, bagi pemanggil yang ingin turut serta memang dialu-alukan.  bagaimanapun, editorial kami yang pantau. 

tak semestinya setiap peserta yang ingin mengikut ke rumah subjek bersamamu akan dipaparkan dalam program bersamamu.

kalau nak membantu, bantulah cara ikhlas. 

nak ikut semasa penggambaran? tak ada masalah.  tapi, tak semestinya keluar tv ya.  emm...kat situ, ramai yang terkedu. 

bayangkan kalau membantu gotong royong dan membawa perubahan besar kepada keluarga terbabit, oklah.  tapi, setakat bantu itu ini sikit sahaja, tak berbaloi.

ada yang nak turut serta bagi banyak syarat pula.  nak tarikh yang mereka boleh pergi.  kena bagi tahu awal kepada mereka.  nak tempat tertentu.

amboi.  ini bukan program yang sesuka hati kami boleh cadangkan kepada mereka.  tak semua subjek boleh ikut masa kami. bila dah beria-ia kita ajak, ada juga yang banyak songeh.  nak 'meeting dululah..' itulah inilah...

paling baik, saya  bekukan dulu.  saya akan pilih yang tidak banyak hal yang nak membantu ikhlas dan tidak ada 'niat' nak muncul dalam tv sahaja.

bayangkan kalau tiap-tiap minggu asyik tunjuk gotong-royong memanjang, bosan jugak kan?

fikir-fikirlah.

lainlah yang nak tawar pekerjaan, membantu daripada segi pembelian alat perubatan dan mengeluarkan belanja yang banyak untuk keluarga bersamamu, barulah berbaloi. 

maaflah kalau ada yang kurang senang dengan pertanyaan demi pertanyaan kami ajukan apabila nak menyertai penggambaran bersamamu, bukan apa, kalau nak bantu biarlah ikhlas..

Thursday, February 10, 2011

pendek akal

Pendek akal ke akal pendek?

Geram sangat apabila dapat tahu, si ibu tunggal yang anaknya sakit tu pendek akal. 

Mana tidaknya, kita usaha nak bagi dia senang di masa depan, tapi, ada je alasan.  Kita dah usahakan ayam kampung untuk diternak, tapi, akhirnya habis mati.

Masa mula-mula diajukan idea supaya dia menternak ayam kampung, tak pula dia nak bagi alasan macam-macam.  Macam tu lah orang yang tak nak fikir masa depan.  Takkan memanjang nak harapkan duit JKM dan pencen orang tua kot.

Pendek akal betul.  Geram sangat. 

Ada ke anak-anak ayam kampung yang beratus-ratus ekor orang bagi kat dia, dia biarkan kat tanah...tak masukkan ke dalam reban?  Takkanlah sampai susah nak jaga ayam tersebut?

Kita usaha besarkan reban ayam lamanya yang hanya memuatkan beberapa ekor ayam je.  Siap carikan orang untuk taja beratus-ratus ekor ayam lagi. 

Itulah bila dah bagi jalan untuk diusahakan, tak nak guna akal.  Sekarang bolehlah harapkan duit orang tua...tapi, sampai bila?

Mudah-mudahan akal dia tak pendek lagi...Kesian kat anak-anak yang sakit dan masih kecil.  Tak faham apa-apa.

Harap si ibu tunggal sedar, alasan yang dia bagi tu memang tak boleh diterima.  Dah elok-elok kerja, dia berhenti dengan alasan nak jaga anak sakit.  Tak boleh keluar kerja jauh daripada anak. 

Ini, setakat reban ayam kat belakang rumahpun tak boleh jenguk ke?

Monday, January 31, 2011

dilema

pagi tadi, satu panggilan masuk. 

"ini bersamamu ke?" tanya makcik itu.
"ya, betul, boleh saya bantu?" tanya saya.
"makcik nak minta tolong...boleh ke?" tanyanya lagi.
"pertolongan macamana tu makcik?  siapa nama? apa masalahnya?"
"makcik kena halau dari rumah ni, tuan rumah halau, nama makcik...A." terangnya dalam nada sedih.

" kenapa kena halau? anak makcik mana?" soal saya lagi ingin kepastian.
"susah nak cakap.  makcik sebenarnya kena strok.  makcik sewa rumah dah 5 tahun, tah tiba-tiba tuan rumah suruh keluar, dia kata nak cat rumah." terang makcik A dengan nada tersekat-sekat.

"anak makcik macamana? ada tak?" soal saya.
"makcik tinggal dengan anak bongsu, 18 tahun lelaki.  dia tak kerja.  dia jaga makcik. makcik baru kena strok."

"oh..anak lain tak ada ke? macam ni lah makcik, beri je no telefon dan alamat, saya takut nanti terputus." pinta saya.

makcik A ada anak perempuan 2 orang.  masing-masing dah berkahwin, tapi, taklah hidup senang.

makcik A merayu kami membuat liputan mengenai dirinya yang kini tidak berumah.  kesian betul.  tapi, kami tak dapat memenuhi permintaannya.

saya meminta dia hubungi 2 anak perempuannya yang tinggal di kawasan KL.  makcik A enggan, katanya kedua-dua anaknya tidak mempedulikannya.

saya terus terbayang wajah ibu saya di kampung.  sebak. tapi, saya cuba tahan.

saya meminta makcik A menghubungi DBKL untuk memberikan rumah sementara dan juga zakat untuk bantu apa yang patut.  saya minta makcik A supaya menghantar anak lelakinya itu ke JKM. 

 saya tak dapat nak membantunya dalam masa yang terdesak, memandangkan, hari ini banyak betul kerja yang perlu saya bereskan.  lagipun esok adalah hari terakhir untuk tapisan program. 

makcik A menerangkan dia sanggup duduk luar rumah bersama anak lelaki dan pakaiannya.  tak sanggup saya nak mendengar lagi.

saya memujuk makcik A supaya menghubungi anak-anak perempuannya untuk tinggal sementara.

esok, saya akan telefon makcik A.  jika tiada perubahan, ingin saya menghubungi kedua-dua anak perempuannya.  jika mereka enggan menerima makcik A, saya akan cuba hubungi sesiapa atau badan tertentu untuk menempatkan sementara makcik A dan anaknya.

kepada anak perempuan makcik A, takkanlah seorang ibu akan menghabiskan rezeki yang Allah bagi.  takkanlah seorang ibu tergamak menyusahkan anaknya.

betul kita susah.  tetapi, ada lagi orang lain yang susah.  setiap manusia ada rezekinya.

kalau kita baik dengan kedua-dua orang tua kita.  Allah akan memelihara dan memberi rahmat kepada kita.  kita akan rasa lapang dada.

saya berharap sangat makcik A dapat menumpang sementera dengan kedua-dua anak perempuannya. 

ya Allah, Kau lembutkanlah hati anak-anak makcik A, supaya dia diterima mereka.  ya Allah, Kau tolonglah pelihara makcik A daripada bala. 

hati saya tak sedap mengenangkan keadaan makcik A dan anak lelakinya yang buntu kini.

malam ini mudah-mudahan Allah akan memberikan jalan untuk saya menolong makcik A.  tempat tinggal....kat mana ya? 

Friday, January 28, 2011

menangguk di air keruh

'kak hajar, ada staf baru ke?" tanya kim, wartawan tv9 kepada saya. 
"setakat ni takde, kenapa?" tanya saya.
"tadi, kami ke hospital 'shooting' adik hairuman, ada sorang ni,  namanya L dia kata dia dari bersamamu."  terang kim.
"ha? L dari bersamamu? eh, setahu kak hajar dia dari pertubuhan b & p.u.  Ada dia ngaku dia wartawan ke?"
"abih tu kenapa bila en R kenalkan dia L dari bersamamu, dia tak nafikan?"

terkejut dengan berita yang baru didengar ni, terus saya menelefon L. L menafikan segala pertanyaan saya.

terimbas kembali, selepas saya ke rumah hairuman untuk tinjauan, 2 hari selepasnya, saya dapat panggilan daripada L yang mengaku dia orang datuk n.  kononnya datuk n nak derma kepada hairuman tapi, kalau boleh nak krew bersamamu buat liputan. 

"kenapa nak tunggu bersamamu? kalau nak bagi, bagi ajelah.  tak perlu tunggu kami.  lagipun kalau nak menderma, kita jarang nak buat liputan, kita bukan bahagian berita" terang saya.

beberapa hari berikutnya L menelefon saya.  Katanya adik hairuman nak bertemu artis a.  L mendakwa kononnya dia juga yang mengatur pertemuan hairuman dan a.  saya percayakan L. itu yang saya ingat dan banyak lagi dakwaannya.  masa itu, terfikir juga, kenapa L ni nak kaitkan dirinya dengan orang tu, orang ni? detik hati saya.

risau si L ni akan bertindak jauh, menggunakan nama bersamamu, saya terus menelefon en r dari b malaysia.

"en r kenal ke dengan L?" tanya saya.'
"ya, dia kan dari bersamamu." terang r.
"eh taklah, katanya dia dari b malaysia dan p.u. dia yang 'arrange' pertemuan a dan adik hairuman nantikan?"
"eh, saya yang buat semua tu." terang r kepada saya dengan nada kecewa.
setelah berbual beberapa lama, tahulah saya si L ni menangguk di air keruh.

hairuman
saya menggeleng kepala apabila r beritahu saya, si L ni dah 'arrange' penggambaran bersamamu di tarikh dan lokasi yang ditentukan.  satu penipuan!

yang paling melucukan, si L ni sanggup mengaku dia mencari tajaan aeon jusco untuk keluarga hairuman, padahal kami yang meminta aeon berbuat demikian.

pada masa itu, memang saya terasa marah sangat dengan perbuatan L.  tapi, buat apa saya bercakap dengan perempuan yang gila...gila glamor. 

banyak 'missed calls' no si L tertera di telefon bimbit saya.  malas saya nak layan orang macam ni.

lagi gempak, bila wartawan saya beritahu, si L dah menghebahkan kehadiran kami pada hari selasa baru-baru ini untuk penggambaran.  beberapa artis serta vip dan orang-orang tertentu akan datang.

saya amat kecewa kerana perancangan saya telah diganggu wanita gila....gila glamor. geram dengan tindakannya, saya membatalkan pemergian kami.

tengahari, waktu yang sepatutnya kami sibuk membuat rakaman si L menelefon wartawan saya, bertanyakan kenapa tidak kelihatan kelibat kami.  bila wartawan mengatakan kami membatalkan penggambaran, dia bertanya lagi kepada wartawan saya kenapa tidak memberitahunya.

amboi, dia tu siapa?  wartawan saya dengan selambanya berkata, penggambaran itu, tiada kena mengena dengan L jadi, tak perlu kami nak beritahunya.  kita lihat siapa yang kena.

keesokannya, saya ke rumah adik hairuman.  terkejut saya, dalam rumahnya dah kosong.  tiada lagi bilik.  tiada perabot. semuanya dibakar.

entah atas arahan siapa.

pakcik hairuman yang saya temui encik lan, bertanyakan bila kami nak menggantikan semua barangan yang dibakar? aduh. dah salah faham pula.  gara-gara perempuan gila...gila glamor yang datang entah dari mana, kami pula terpaksa menanggung akibatnya.

dengan serius, saya memberitahu kepada pakcik hairuman, en lan, kami tidak bertanggungjawab menggantikan semua barangan yang dibakar.  lagipun bukan atas arahan bersamamu.

"tapi, saya diberitahu bersamamu akan bawa aeon jusco untuk hantar semua barangan yang dibakar".  terang en lan.

"eh, jangan salah faham.  aeon jusco tidak ada kena mengena dengan semua ni.  mereka datang bawa barangan pun atas permintaan saya, kerana mereka menaja program kami.  macam ni lah, minta saja pada orang yang pandai-pandai menyuruh membakar segala tilam, bantal, pakaian dan perabot tu"  jelas saya.

terdiam seketika pakcik lan.  pada masa yang sama, pakcik lan memberitahu saya, ramai yang menunggu kedatangan kami pada hari selasa baru-baru ini.  depan rumah penuh dengan orang ramai yang datang entah dari mana. di tepi jalan pula berpuluh-puluh kereta diparkir.  bagaikan pesta. siap dengan sajian makanan.

zikri menyelamatkan sahabatnya dengan membuat cpr
kesian betul saya dengan keluarga adik hairuman.  ada pihak yang tidak bertanggungjawab, pandai-pandai menggunakan status keadaannya untuk meraih 'glamour'.

tindakan saya membatalkan penggambaran adalah betul.  jika tidak satu apapun kami tak dapat nak rakam.  itu yang diterangkan pakcik lan.  katanya ramai betul orang, macam pesta. semuanya menunggu bersamamu. 

hai, perancangan saya diambil kesempatan oleh L!  geram memanglah saya geram. tapi, saya tak boleh lepaskan saat ini memandangkan nanti lain jadinya.


beberapa salah faham yang ditimbulkan wanita gila...gila glamor, saya leraikan dengan pakcik l. 

lokasi hairuman ditemui tidak sedar diri
tiba-tiba ada seorang penduduk kampung meminta saya uruskan untuk mendapat perabot dan segala barangan yang dibakar untuk diganti kepada keluarga tersebut.

saya menerangkan, disebabkan bukan kami yang menimbulkan kekeliruan tersebut, jadi, biarlah orang yang membuat keputusan membakar segala isi rumah itu yang menguruskan. lagipun agak sukar kami nak mencari penaja dalam masa terdekat.  bukan sikit barangan rumah yang nak diganti.  kalau dapat caripun nanti wanita gila...gila glamor menjaja cerita, dia yang carikan.

                                                
jurukamera berbincang shot terbaik


perancangan saya, akhirnya terpaksa ditukar 150% memandangkan, penggambaran kami telah diganggu gugat.

sama-sama kita doakan adik hairuman cepat sembuh.  moga dia tabah.

Saturday, January 22, 2011

ambil kesempatan

alhamdulillah. 

ramai cuba membantu.  ramai juga membantu.  tak kurang juga yang membantu dengan niat.  ada juga yang membantu demi kepentingan diri.

kalau nak membantu, bantulah dengan seikhlas hati.  jangan mengharap balasan.  usah ada agenda sendiri.

kasihanlah kepada keluarga yang menjadi calon bersamamu.  jangan pergunakan mereka. 

nak bantu, bantulah terus. tak perlu tunggu bersamamu.  lagi baik kalau tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu.  besar pahalanya tak terhingga.

ada yang nak bantu bersyarat.  bersamamu datang, kami nak bantu.  ish... agak-agak le.

kalau setakat untuk dunia.  ingat-ingatlah.  sampai ke mana? 

kalau setakat nak nama, lupakan.  kalau nak membantu ikhlas tanpa agenda atau niat.  kami amat alu-alukan.

Friday, January 21, 2011

ingin menyumbang bakti

alhamdulillah, ramai yang prihatin mengenai nasib keluarga yang dipaparkan di dalam program bersamamu.

jika anda mengikuti program ini sejak ia disiarkan, tentu dapat melihat perbezaan cara penyampaian kisah yang dipaparkan.

sejak akhir tahun lepas, kami cuba memberi nafas baru dan kelainan dalam editorial.

orang lama dan berpengalamanlah yang bertanggungjawab menjadikan ia lebih menarik.

penerbit eksekutif hisham abdullah mempunyai perspektif kreatif.  sentuhan kreatifnya mula mengubah kepada sesuatu yang berbeza daripada satu kisah ke satu kisah lain.

kami amat berterima kasih kepada mereka yang memberi maklumat mengenai keluarga yang dipaparkan.

begitu juga kepada mereka yang membantu melancarkan setiap episod bersamamu.  terutamanya penaja Beras Faiza dan AEON yang juga menjalankan khidmat sosial mereka kepada keluarga yang kami pilih.

begitu juga dengan orang luar yang menawarkan pelbagai pekerjaan dan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

ingin saya tekankan di sini, bagi mereka yang ingin sertai penggambaran dan menghulur bantuan, saya saran tawarkan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada ahli keluarga, misalnya, pekerjaan atau yang dapat menambah pendapatan untuk masa depan.

kalau menyumbang tenaga, ia tidak memberi perubahan pada keluarga.  setakat ini bergotong royong pun agak kurang memberi kesan kepada keluarga yang ditolong.

memandangkan kami menjaga 'editorial' dan tidak mahu lagi ia menjadi 'predictable' kepada penonton...jadi, kemungkinan besar aktiviti sumbang bakti, tenaga atau gotong royong tidak akan disiarkan.

bayangkan sekarang ini ramai yang menunggu peluang untuk menyertai penggambaran dan bayangkan pula setiap episod ada sahaja orang bergotong royong.  dan bayangkan penonton dah dapat agak... apa yang berlaku seterusnya...

Sunday, January 16, 2011

kenapalah tak fikirkan masa depan anak-anak?

semalam 'recce' di puchong.  terima kasih kepada penduduk yang prihatin.  mereka beria-ia nak tolong keluarga ni.  berkali-kali saya dihubungi supaya membantu keluarga ini yang dikatakan hidup amat susah.

"tapi, dapat baitulmal rm300 kan, campur gaji suami rm850kan?  seribukan lebih kurang ada?" soal saya.

" mana cukup kak, lampin makcik tu lagi, anak sekolah, dah kena keluar belanja..itu ini, begitu begini." jawab isteri.

macam-macam masalah keluarga ni diceritakan satu persatu oleh si isteri. 

kasihankan keluarga ini, saya berkira-kira nak bagilah sikit supaya mereka dapat membawa makcik saudara tu ke hospital dan seterusnya dapat surat pengesahan doktor kerajaan untuk dapatkan bantuan jkm.

asalnya nak bagi duit untuk bayar van untuk bawa makcik tu ke hospita.  tapi, hasrat terpaksa dibatalkan.  

akhirnya dapat tahu si suami malas kerja.  bila disoal bertalu-talu, katanya baru sebulan, hakikatnya dari tahun lepas lagi.

anak 8 tahun dah setahun tak sekolah.  tak semena-mena rasa marah saya tercetus juga.  mana tidaknya?  bila saya tawarkan pekerjaan sebagi pengawal keselamatan.  tak nak.  nak kerja kilang.  katanya dia asyik kena tipu. 

lagipun si suami ni memang buat darah saya mendidih.  berkali-kali saya tanya nak kerja tak?  dia tak jawab langsung sambil tersengih-sengih.  bila saya kata, "awak tahu tak apa amanah ketua keluarga?  tak kesian kat masa depan anak ke? yang awak pulak si isteri, kenapa tipu saya kata nak guna duit untuk belanja anak sekolah padahal anak awak setahun tak sekolah?"  soal saya.

"takkan saya nak bagi tau akak anak saya tak sekolah depan suami saya?" tingkah si isteri.

amboi!  sedapnya dia menjawab.

setelah hampir 10 kali saya tanya si suami nak kerja ke tidak, dia masih lagi teragak-agak, jadi tak dapatlah nak bantu.

dahla kita cuba carikan kerja, dia masih letak syarat supaya ambil dia kat rumah dan tak nak kerja 'security guard'.

ok, fine then, gerutu hati saya.  entah mengapa hati ni berat sangat nak bantu.

sebelum balik, sempat saya berkata kepada suami isteri tu.  maaflah, saya terpaksa amanah dengan duit orang yang nak bagi kepada keluarga bersamamu kalau keluar tv.  tak adil kepada yang lebih rajin usaha tapi tak meminta-minta, yang hidup lebih susah daripada keluarga awak. "  terang saya,  pada masa sama cuba menahan marah.

marah saya ada sebabnya.  si suami muda lagi. sihat tubuh badan.  33 tahun.  macam-macam alasan diberi. kesian kat anak dan isteri.  mengharap sangat bantuan wang. anak sulung tak sekolah, anak ketiga setahun lebih dan anak kedua diberi pada orang.

saya amat kesal.

"macam nilah, keluarga ni memang tak layak masuk bersamamu.  maaflah pakcik R ye, saya tak dapat tolong sebab suami dia ni malas kerja.  lagipun dia kata tak berminat. kalau dapat rm10,000 pun tak guna. habis macam tu juga. sampai bila masalah nak selesai?"  terang saya. 

pakcik yang melaporkan kes ini beria-ia minta saya bantu keluarga ini juga sebab kesiankan makcik yang strok tu.

tapi, memang saya tak boleh bantu lagi.  lebih baik saya bantu orang nak berusaha, rajin dan ikhlas.

bila teringatkan penduduk di situ kata si suami banyak buat hutang... sekianlah. 

merokok tak lekang. lebih baik dia beli beras.

Friday, January 14, 2011

walau sebesar zarah, Allah tetap balas...

salam,
bersamamu kini mencecah ke musim 22, mulai 19 januari 2011. 

kami juga cuba mencari kelainan pada setiap kes yang dipaparkan.  nampak senang, tapi tak semudah yang dilihat.

ramai juga yang menelefon memberi kes yang dianggap sesuai untuk dipaparkan dalam bersamamu.  tak kurang juga yang menghubungi sendiri pihak kami bagi pihak keluarga dan juga diri sendir.  semuanya sukar nak mengharungi hidup sendiri.

ada keluarga yang ditimpa sakit, ibu tunggal atau bapa tunggal yang ramai anak masih bersekolah serta tak mampu nak menyara anak-anak.  tak kurang juga yang orang tua uzur tinggal sendirian dan mereka tak boleh menjaga diri sendiri.  memang banyak kes. 

jadi, jika anda tahu mana-mana insan yang sememangnya perlukan bantuan serta hidup sangat daif dengan pendapatan yang tak memungkin mereka membeli makanan atau menyara anak-anak sekolah, hubungi kami.

telefon 03-77266333 sambungan 6534
email : bersamamu@tv3.com.my

insyaallah kami akan hubungi anda dan lawati keluarga dimaksudkan mengikut giliran yang awal diutamakan... cuma tunggu saja masa...

tak kira di ceruk mana berada kami akan pergi.

kriteria kes

1. keluarga yang teramat miskin, suami isteri yang ramai anak tapi masih berusaha untuk menyara anak-anak
2. ibu tunggal / bapa tunggal ramai anak untuk ditanggung, nak keluar kerja jauh terhad sebab tiada siapa nak jaga anak
3. ada keluarga yang sakit terlantar dan tak mampu untuk menjaga
4. mereka sanggup berusaha untuk keluar daripada kepompong kemiskinan hinggakan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran tetapi mereka terpaksa berkorban mencari rezeki bagi membantu keluarga
5. nenek atau datuk yang terpaksa menjaga cucu-cucunya
6. paling senang, yang layak untuk mendapat duit zakat... kiranya mereka tergolong dalam asnaf...

tolong beri nama penuh anda, no telefon, nama keluarga yang memerlukan tu, alamat,  apa masalah yang dihadapi, pekerjaan sebelum dan sekarang, anak berapa yang bersekolah atau terpaksa berhenti sekolah,... serta maklumat yang difikirkan perlu untuk kami tahu...

insyaallah kami akan bertindak dengan segera...tapi bersabarlah, tunggu giliran...

yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

hulurkan tangan, ringankan beban...insyaallah segala kebaikan anda Allah akan balas walau sebesar zarah.

tolonglah mereka kerana Allah dan ikhlas...

Thursday, January 13, 2011

amanah

sejak saya mengendali program bersamamu, kerja sayapun bertambah.  bertambah di sini bukanlah hal pekerjaan, tetapi juga perlu melayani setiap aduan, masalah dan kehendak pemanggil. 

kebanyakan pemanggil mewakili diri atau keluarga, sering meminta wang tunai.  antara masalah dihadapi, gaji tak cukup, mana nak makan, mana nak sekolahkan anak-anak dan nak bayar sewa rumah lagi.

bila ditanya 'detail' masalah, ramai yang enggan menjawab soalan saya.  mereka meminta saya ke rumah mereka sendiri melihat kesusahan mereka.  biarpun kadang kala panggilan mereka tak kira masa...(kesian pula kalau tak dilayan, sebab kebanyakan mereka amat berharap) 

ada pemanggil yang memberi kes pula, tak sabar-sabar paksa kita melihat keluarga yang dicadangkan.  kadang kala kena marah la pulak sebab dikatakan tak prihatin. tapi, tak kisahlah semua tu, dugaan walaupun hati, bagai disayat-sayat, sabo je le.

ada keluarga yang dibantu beberapa tahun lalu, telefon kita balik, minta bantuan kewangan kerana tak cukup duit untuk anak-anak sekolah.  ada juga yang berjaya dimasukkan ke menara gading, keluarga pula mengadu duit yang dapat sedikit sangatlah... kalau guna duit untuk anak tu belajar, insyaallah cukup.  tapi, si emaklah pulak menambah-nambah cerita. mujurlah kita ada pengalaman belajar juga...
bertuah betul anak-anak mereka, yuran dimansuhkan, boleh makan di kantin... tapi, bila keluarga masuk campur nak duit lagi... maaflah, mereka patut bersyukur dengan apa yang mereka dapat.

bukan nak mengungkit, kadang kala alasan diberi memang tak masuk akal.

ada pula yang salah faham.  mereka ingatkan kita akan bantu sampai bila-bila walaupun dah diberitahu awal mengenai punca wang yang mungkin mereka peroleh.  kesian la juga.

tapi, ramai lagi yang memerlukan bantuan dan masalah berlainan.  takkan nak tumpu perhatian kepada keluarga tu aje... tak adillah untuk keluarga lain yang masih belum dibantu.

bagi mengurangkan kes klise, kami cuba mempelbagaikan pendekatan.  selain keluarga kami juga cuba mendekati institusi yang memerlukan bantuan wang daripada orang ramai. 

kadang kala walaupun tertekan, tergelak juga saya.  setiap hari ada saja yang mengadu masalah mereka.  seperti keluarga lain yang bermasalah.  nak bayar sewa tak de duit.  persekolahan anak-anak tak mampu nak ditampung yuran dan sebagainya.  nak makan takde duit.

tapi, masalah utama semua kes adalah wang.  pendapatan kecil daripda perbelanjaan.  yang sakit pula perlukan wang untuk perubatan yang menelan kos yang banyak. 

insyallah kami akan bantu sedaya mungkin... semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.  walaupun ramai calon, tetapi, bila ditimbal balik keadaan... ada yang masih boleh menambah pendapatan dengan usaha lebih lagi.  tapi, biasalah, bab nak minta mereka cara cari wang, agak payah... sebab kebanyakan tak boleh nak tinggalkan anak-anak di rumah yang tak terjaga...ada pula bila suami atau isteri sakit, tak boleh nak kerja jauh-jauh, kesian katanya, takde orang nak tengok-tengokkan.

habis...macamana?

Tuesday, January 11, 2011

minta bantuan

Semalam kami menerima panggilan daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun. 

Daripada perbualan 'terjahannya', tanpa salam, tanpa perkenal, diri, percakapan kurang jelas dan agak kelam kabut.

lebih kurang macam ni lah, "ni tv3 ke?", tanyanya.  "ye, nak cakap dengan siapa? boleh saya bantu?" soalannya saya jawab dengan pertanyaan. 

"-------=+---$$&*", "hah? apa tu?" tanya saya lagi.  "mak, bla bla bla, duit bla bla bla tak tau"

setelah agak lama cuba memahami percakapannya, barulah saya dapat tangkap maksudnya.

dia bergaduh dengan ibunya.  puncanya dia tidak tahu.  percakapannya agak kasar.  katanya dia kini tinggal di surau... tempat? saya tak dapat pastikan sebab tak jelas percakapan.

dia perlukan duit untuk makan.  saya menjelaskan bersamamu tidak memberi wang. 

dia macam tak faham apa yang saya perkatakan kepadanya.  mujur saya teringat ada insan yang sudi menawarkan pekerjaan di pam stesen minyak.  tapi, saya belum lagi dapat keputusan daripada tuanpunya. 

dalam hati, saya amat berharap dia tidak terjerumus dalam gejala negatif.  risau saya dibuatnya.

hari ni pun dia hubungi meja kami.   dia amat berharap.  sayapun tercari-cari idea, bagaimana nak membantu adik yang sorang ni. 

saya amat berharap esok, akan ada berita baik untuknya...

selain tu, panggilan juga diterima daripada seseorang yang mahukan wang untuk membiayai sakit dialami.  semuanya nak wang tunai untuk perubatan dalam kadar segera.

kebanyakan yang memanggil, tiada punca pendapatan dan hanya mengharapkan bantuan daripada jkm, zakat atau baitulmal.

kalau macam ni tak bolehlah.  kecuali ada hal yang tidak membolehkan mereka bekerja.

kadang-kadang bila diberi tawaran, ada saja masalah.  ramai yang tidak mahu kerja jauh sedikit.  tapi, kalau tak cuba berhijrah, macamana ya?

kami, kalau boleh nak cari keluarga yang bertanggungjawab terhadap satu sama lain.  usaha juga untuk memajukan hidup.  walaupun pendapatan sikit, tapi, mereka usahakan juga, walaupun sesetengah pekerjaan mungkin dipandang jijik oleh sesetengah masyarakat.

yang penting di sini, mereka ada kemahuan untuk ke hadapan dan bukan mengharap, mengharap dan mengharap...

kebanyakan mereka saya dapati agak buntu. 

kadangkala saya juga ikut buntu. 

saya nak sangat membantu, tapi, tak cukup tangan.  ikutkan hati, memang nak bantu semua yang menyuarakan masalah masing-masing.

tapi, biarlah padan.  ada kalanya, kerisauan saya terbawa-bawa hingga beberapa hari. 

mereka amat berharap.  dan saya memang cuba sedaya upaya untuk menolong...tapi, hanya sekadar yang mampu...

bersabarlah... saya amat ikhlas nak menolong semua yang memerlukan.  kadang kala yang layak... bergantung kepada latar belakang responden juga...

Saturday, January 8, 2011

Bersyukurlah, Allah memberi apa yang kita perlu bukan yang kita mahu

minggu lepas, masuk satu sms daripada seorang ibu yang pernah bersamamu paparkan.  habis je ayat terakhir dibaca, fahamlah saya, si ibu meminta bantuan wang konon untuk keperluan anaknya yang kini belajar di sebuah pusat pengajian tinggi.

anaknya dapat belajar di pusat pengajian tu pun bersamamu uruskan.   sebelum tu, rumah pun dia dapat, pusat zakat yang beri. 

panggilan dibuat pertama kali menyatakan anaknya dapat masuk uitm tapi dia tak mampu nak bayar kos pengangkutan, yuran dan lain-lain.  jadi, bersamamupun uruskan permintaan supaya dimansuhkan yuran.

tapi yang kami agak kesal sms kali ke 2 yang menyatakan dia tidak mampu untuk menanggung kos anaknya belajar lagi kerana nak makan di rumahpun tak mampu.  duit zakat rm300 satu semester untuk anaknya belajar di uitm, didakwa tidak cukup untuk menampung kos anaknya makan dan membeli buku.

kami membalas dengan memberi maklumat, makan di dewan makan  uitm percuma, 3 kali sehari, buku tak perlu beli, boleh fotostat. anaknya tu bolehlah mohon pinjaman ptptn.

si ibu membalas lagi, duit zakat tak masuk-masuk lagi, macamana anaknya nak belajar?.  kami jawab, mungkin lambat sikit, kalau zakat dah janji, pasti ditunaikan.  lagipun tahun 2011 baru menjengah mungkin 'sistem down'.  sambung kami, "anak akak kira bertuah sebab ada lagi yang lebih susah.  tak boleh harapkan semua orang nak bagi bantuan, kena usahakan juga.  akak boleh tanyakan kepada zakat kenapa duit tak masuk.  sabar ye.  mungkin Allah beri apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. jadi, selain bantuan yang dah dapat tu, kena usaha sikit.  mungkin boleh mohon pinjaman ptptn."

dia membalas, "takpelah mungkin anak akak takde rezeki untuk sambung belajar, lagipun dia berpindah ke uitm melaka, banyak belanja."

mungkin marah, dia tidak membalas sms lagi, bila kami tanyakan nama penuh anaknya. 

bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan.  Allah tetap mengkabulkan doa kita.  Allah memberi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. 

tak bolehlah asyik nak mengharap bantuan.  kita beri jalan dan gunakan sebaik-baiknya. 

bagaimanapun, kami 'salute' pada keluarga di lembah subang.  biarpun susah mereka tetap berusaha.  bagi mereka pelajaran anak-anak penting.  hingga kini mereka masih mengutip barangan lusuh untuk dijual.  barang lusuh itulah duit.  mereka tidak mahu hidup susah lagi.  mereka mahukan anak-anak terus berjaya dan hidup lebih sempurna.

Allah beri akal untuk berfikir dan mencari jalan. Buatlah apa yang diperintah Allah dan jauhlah laranganNya.  Berusahalah, berdoa dan bertawakkal. 

Sabar dan ikhlas.  Insyallah Allah mendengar dan mengetahui segala rahsia alam.  Yakinlah.