Thursday, January 13, 2011

amanah

sejak saya mengendali program bersamamu, kerja sayapun bertambah.  bertambah di sini bukanlah hal pekerjaan, tetapi juga perlu melayani setiap aduan, masalah dan kehendak pemanggil. 

kebanyakan pemanggil mewakili diri atau keluarga, sering meminta wang tunai.  antara masalah dihadapi, gaji tak cukup, mana nak makan, mana nak sekolahkan anak-anak dan nak bayar sewa rumah lagi.

bila ditanya 'detail' masalah, ramai yang enggan menjawab soalan saya.  mereka meminta saya ke rumah mereka sendiri melihat kesusahan mereka.  biarpun kadang kala panggilan mereka tak kira masa...(kesian pula kalau tak dilayan, sebab kebanyakan mereka amat berharap) 

ada pemanggil yang memberi kes pula, tak sabar-sabar paksa kita melihat keluarga yang dicadangkan.  kadang kala kena marah la pulak sebab dikatakan tak prihatin. tapi, tak kisahlah semua tu, dugaan walaupun hati, bagai disayat-sayat, sabo je le.

ada keluarga yang dibantu beberapa tahun lalu, telefon kita balik, minta bantuan kewangan kerana tak cukup duit untuk anak-anak sekolah.  ada juga yang berjaya dimasukkan ke menara gading, keluarga pula mengadu duit yang dapat sedikit sangatlah... kalau guna duit untuk anak tu belajar, insyaallah cukup.  tapi, si emaklah pulak menambah-nambah cerita. mujurlah kita ada pengalaman belajar juga...
bertuah betul anak-anak mereka, yuran dimansuhkan, boleh makan di kantin... tapi, bila keluarga masuk campur nak duit lagi... maaflah, mereka patut bersyukur dengan apa yang mereka dapat.

bukan nak mengungkit, kadang kala alasan diberi memang tak masuk akal.

ada pula yang salah faham.  mereka ingatkan kita akan bantu sampai bila-bila walaupun dah diberitahu awal mengenai punca wang yang mungkin mereka peroleh.  kesian la juga.

tapi, ramai lagi yang memerlukan bantuan dan masalah berlainan.  takkan nak tumpu perhatian kepada keluarga tu aje... tak adillah untuk keluarga lain yang masih belum dibantu.

bagi mengurangkan kes klise, kami cuba mempelbagaikan pendekatan.  selain keluarga kami juga cuba mendekati institusi yang memerlukan bantuan wang daripada orang ramai. 

kadang kala walaupun tertekan, tergelak juga saya.  setiap hari ada saja yang mengadu masalah mereka.  seperti keluarga lain yang bermasalah.  nak bayar sewa tak de duit.  persekolahan anak-anak tak mampu nak ditampung yuran dan sebagainya.  nak makan takde duit.

tapi, masalah utama semua kes adalah wang.  pendapatan kecil daripda perbelanjaan.  yang sakit pula perlukan wang untuk perubatan yang menelan kos yang banyak. 

insyallah kami akan bantu sedaya mungkin... semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.  walaupun ramai calon, tetapi, bila ditimbal balik keadaan... ada yang masih boleh menambah pendapatan dengan usaha lebih lagi.  tapi, biasalah, bab nak minta mereka cara cari wang, agak payah... sebab kebanyakan tak boleh nak tinggalkan anak-anak di rumah yang tak terjaga...ada pula bila suami atau isteri sakit, tak boleh nak kerja jauh-jauh, kesian katanya, takde orang nak tengok-tengokkan.

habis...macamana?

No comments:

Post a Comment