Friday, January 14, 2011

walau sebesar zarah, Allah tetap balas...

salam,
bersamamu kini mencecah ke musim 22, mulai 19 januari 2011. 

kami juga cuba mencari kelainan pada setiap kes yang dipaparkan.  nampak senang, tapi tak semudah yang dilihat.

ramai juga yang menelefon memberi kes yang dianggap sesuai untuk dipaparkan dalam bersamamu.  tak kurang juga yang menghubungi sendiri pihak kami bagi pihak keluarga dan juga diri sendir.  semuanya sukar nak mengharungi hidup sendiri.

ada keluarga yang ditimpa sakit, ibu tunggal atau bapa tunggal yang ramai anak masih bersekolah serta tak mampu nak menyara anak-anak.  tak kurang juga yang orang tua uzur tinggal sendirian dan mereka tak boleh menjaga diri sendiri.  memang banyak kes. 

jadi, jika anda tahu mana-mana insan yang sememangnya perlukan bantuan serta hidup sangat daif dengan pendapatan yang tak memungkin mereka membeli makanan atau menyara anak-anak sekolah, hubungi kami.

telefon 03-77266333 sambungan 6534
email : bersamamu@tv3.com.my

insyaallah kami akan hubungi anda dan lawati keluarga dimaksudkan mengikut giliran yang awal diutamakan... cuma tunggu saja masa...

tak kira di ceruk mana berada kami akan pergi.

kriteria kes

1. keluarga yang teramat miskin, suami isteri yang ramai anak tapi masih berusaha untuk menyara anak-anak
2. ibu tunggal / bapa tunggal ramai anak untuk ditanggung, nak keluar kerja jauh terhad sebab tiada siapa nak jaga anak
3. ada keluarga yang sakit terlantar dan tak mampu untuk menjaga
4. mereka sanggup berusaha untuk keluar daripada kepompong kemiskinan hinggakan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran tetapi mereka terpaksa berkorban mencari rezeki bagi membantu keluarga
5. nenek atau datuk yang terpaksa menjaga cucu-cucunya
6. paling senang, yang layak untuk mendapat duit zakat... kiranya mereka tergolong dalam asnaf...

tolong beri nama penuh anda, no telefon, nama keluarga yang memerlukan tu, alamat,  apa masalah yang dihadapi, pekerjaan sebelum dan sekarang, anak berapa yang bersekolah atau terpaksa berhenti sekolah,... serta maklumat yang difikirkan perlu untuk kami tahu...

insyaallah kami akan bertindak dengan segera...tapi bersabarlah, tunggu giliran...

yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

hulurkan tangan, ringankan beban...insyaallah segala kebaikan anda Allah akan balas walau sebesar zarah.

tolonglah mereka kerana Allah dan ikhlas...

No comments:

Post a Comment