Friday, January 21, 2011

ingin menyumbang bakti

alhamdulillah, ramai yang prihatin mengenai nasib keluarga yang dipaparkan di dalam program bersamamu.

jika anda mengikuti program ini sejak ia disiarkan, tentu dapat melihat perbezaan cara penyampaian kisah yang dipaparkan.

sejak akhir tahun lepas, kami cuba memberi nafas baru dan kelainan dalam editorial.

orang lama dan berpengalamanlah yang bertanggungjawab menjadikan ia lebih menarik.

penerbit eksekutif hisham abdullah mempunyai perspektif kreatif.  sentuhan kreatifnya mula mengubah kepada sesuatu yang berbeza daripada satu kisah ke satu kisah lain.

kami amat berterima kasih kepada mereka yang memberi maklumat mengenai keluarga yang dipaparkan.

begitu juga kepada mereka yang membantu melancarkan setiap episod bersamamu.  terutamanya penaja Beras Faiza dan AEON yang juga menjalankan khidmat sosial mereka kepada keluarga yang kami pilih.

begitu juga dengan orang luar yang menawarkan pelbagai pekerjaan dan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

ingin saya tekankan di sini, bagi mereka yang ingin sertai penggambaran dan menghulur bantuan, saya saran tawarkan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada ahli keluarga, misalnya, pekerjaan atau yang dapat menambah pendapatan untuk masa depan.

kalau menyumbang tenaga, ia tidak memberi perubahan pada keluarga.  setakat ini bergotong royong pun agak kurang memberi kesan kepada keluarga yang ditolong.

memandangkan kami menjaga 'editorial' dan tidak mahu lagi ia menjadi 'predictable' kepada penonton...jadi, kemungkinan besar aktiviti sumbang bakti, tenaga atau gotong royong tidak akan disiarkan.

bayangkan sekarang ini ramai yang menunggu peluang untuk menyertai penggambaran dan bayangkan pula setiap episod ada sahaja orang bergotong royong.  dan bayangkan penonton dah dapat agak... apa yang berlaku seterusnya...

No comments:

Post a Comment