Tuesday, January 11, 2011

minta bantuan

Semalam kami menerima panggilan daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun. 

Daripada perbualan 'terjahannya', tanpa salam, tanpa perkenal, diri, percakapan kurang jelas dan agak kelam kabut.

lebih kurang macam ni lah, "ni tv3 ke?", tanyanya.  "ye, nak cakap dengan siapa? boleh saya bantu?" soalannya saya jawab dengan pertanyaan. 

"-------=+---$$&*", "hah? apa tu?" tanya saya lagi.  "mak, bla bla bla, duit bla bla bla tak tau"

setelah agak lama cuba memahami percakapannya, barulah saya dapat tangkap maksudnya.

dia bergaduh dengan ibunya.  puncanya dia tidak tahu.  percakapannya agak kasar.  katanya dia kini tinggal di surau... tempat? saya tak dapat pastikan sebab tak jelas percakapan.

dia perlukan duit untuk makan.  saya menjelaskan bersamamu tidak memberi wang. 

dia macam tak faham apa yang saya perkatakan kepadanya.  mujur saya teringat ada insan yang sudi menawarkan pekerjaan di pam stesen minyak.  tapi, saya belum lagi dapat keputusan daripada tuanpunya. 

dalam hati, saya amat berharap dia tidak terjerumus dalam gejala negatif.  risau saya dibuatnya.

hari ni pun dia hubungi meja kami.   dia amat berharap.  sayapun tercari-cari idea, bagaimana nak membantu adik yang sorang ni. 

saya amat berharap esok, akan ada berita baik untuknya...

selain tu, panggilan juga diterima daripada seseorang yang mahukan wang untuk membiayai sakit dialami.  semuanya nak wang tunai untuk perubatan dalam kadar segera.

kebanyakan yang memanggil, tiada punca pendapatan dan hanya mengharapkan bantuan daripada jkm, zakat atau baitulmal.

kalau macam ni tak bolehlah.  kecuali ada hal yang tidak membolehkan mereka bekerja.

kadang-kadang bila diberi tawaran, ada saja masalah.  ramai yang tidak mahu kerja jauh sedikit.  tapi, kalau tak cuba berhijrah, macamana ya?

kami, kalau boleh nak cari keluarga yang bertanggungjawab terhadap satu sama lain.  usaha juga untuk memajukan hidup.  walaupun pendapatan sikit, tapi, mereka usahakan juga, walaupun sesetengah pekerjaan mungkin dipandang jijik oleh sesetengah masyarakat.

yang penting di sini, mereka ada kemahuan untuk ke hadapan dan bukan mengharap, mengharap dan mengharap...

kebanyakan mereka saya dapati agak buntu. 

kadangkala saya juga ikut buntu. 

saya nak sangat membantu, tapi, tak cukup tangan.  ikutkan hati, memang nak bantu semua yang menyuarakan masalah masing-masing.

tapi, biarlah padan.  ada kalanya, kerisauan saya terbawa-bawa hingga beberapa hari. 

mereka amat berharap.  dan saya memang cuba sedaya upaya untuk menolong...tapi, hanya sekadar yang mampu...

bersabarlah... saya amat ikhlas nak menolong semua yang memerlukan.  kadang kala yang layak... bergantung kepada latar belakang responden juga...

No comments:

Post a Comment